Popular Posts

Monday, August 29, 2011

ASAL PENATAI IBAN

Menurut Sandin (1990:20), rumah panjang masyarakat orang Iban berasal dari [Terusan Tanjung Bakong di Kemedu Repok Lampong] dan Ketimbag Lentur Ujung[Batang Kapuas Kalimantan, Indonesia]. Selepas tinggal berkumpul di kawasan-kawasan tersebut, masyarakat Iban berpecah dan berpisah ke merata-rata tempat. Ada yang pindah ke hulu sungai dan ada yang berpindah ke tempat yang bernama Lawin, Latin, Tebang dan Sungai Kepuas. Perpecahan mereka adalah untuk membena hidup baru dan membuka penempatan baru yang lebih luas, selesa dan mudah untuk mendapat rezeki. Kebiasaannya mereka mendirikan rumah panjang untuk beberapa keluarga. Hidup dalam rumah panjang yang mengandungi beberapa keluarga menjamin kehidupan yang lebih selamat. Mereka akan keluar mencari rezeki seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan bersama-sama dalam satu kumpulan. Sehingga sekarang pun penempatan orang Iban yang tinggal di pedalaman masih mengekalkan hidup dalam rumah panjang  walaupun 
banyak perubahan mengikut arus kemodenan kini.  Seterusnya Menurut cerita rakyat, rumah panjang  berasal  dari Terusan Tanjung Bakong dan Ketimbang  Lentor Ujong, Batang Kepuas di Kalimantan, Indonesia. Selepas itu orang Iban bergerak pindah dalam kumpulan  hingga ke negeri Sarawak (Sandin 1990:25, dalam teks Ilmiah Jaequeline 1999-2000:2).  Fakta tersebut ditambahkukuhkan lagi oleh  George Jimbin (1972:13 dalam Jaequeline Ngui Sing Yee, 1999:2), rumah panjang dibena di kawasan tinggi atau di lereng bukit. Atas sebab keselamatan khasnya mengelak dari binatang-binatang buas yang menjadi penghuni di dalam hutan liar dan padat dengan spesies pokok-pokok yang berpemeluk besar. Hutan yang tebal dan liar itu merupakan kawasan  persembunyian musuh-musuh iaitu manusia jahat. Kegiatan mereka adalah untuk mencari makanan, membunuh sesiapa sahaja yang dijumpa.  Malapetaka seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya juga sering berlaku. Orang Iban yang tinggal tidak jauh dari sungai dan tepi pantai  sering berhadapan dengan serangan musuh-musuh dari laut. Bencana alam seperti  tiupan angin kencang, ribut dan taufan sering  melanda 
kawasan pantai.Golongan orang Iban yang tinggal di tepi laut dikenali sebagai  (Dayak Laut) dan yang tinggal di darat, di bukit atau pedalaman Sarawak dikenali sebagai Bidayuh (Dayak Darat). Ternyata  pada tahun 1840,  golongan kaum etnik yang menduduki atau menjadi warga negeri Sarawak termasuk  Iban, Bidayuh,  Orang Ulu, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Murut, Penan dan Kayan. Pada masa kini Sarawak  dikenali dengan nama jolokannya  Negeri BumiKenyalang. Sarawak merupakan  sebuah negeri yang mempunyai masyarakt yang berbilang kaum dan paling ramai di Malaysia.  Kira-kira 30 kumpulan etnik yang datang 
daripada pelbagai latarbelakang etnik dari pelbagai tempat atau kawasan. Jumalh penduduk negeri Sarawak dianggarkan seramai 1.95 juta orang. Hampir semua 27 kumpulan etnik di Sarawak  menatap di Kuching, ibu negeri Sarawak yang jumlah penduduknya lebih kurang 450,000 orang.3Iban merupakan suku kaum yang terbesar dan  diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain.  Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa  dan suku kaum sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan 
dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat  di negeri  Sarawak, adat resam merupakan satu kebudayaan dan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dalamkehidupan seharian mereka

        Adat resam  dianggap penting dalam  kehidupan bagi masyarakat yang berbilangbangsa. Adat resam atau adat budaya yang diamalkan  merangkumi seluruh aspek seperti adat kelahiran,  perkahwinan sehinggalah kematian. Amalan  adat budaya berbeza mengikut etnik atau budaya  kumpulan masyarakat yang tertentu

No comments:

Post a Comment